Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FORMAT KERJA: Penulisan Esei
TAJUK: Ke Arah Menjayakan Keberhasilan Pendidikan yang Dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ke arah menjayakan keberhasilan Pendidikan yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) memerlukan usaha daripada pihak kementerian Pendidikan dan juga pihak guru-guru. Terdapat 3 bidang yang dapat menjadikan Pendidikan ini berjaya iaitu pembangunan insan, pembangunan sumber Pendidikan dan penyelidikan dan pembangunan yang dinyatakan dalam buku dasar pembangunan Pendidikan kebangsaan. Pembangunan insan bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Oleh itu, pembangunan insan ini merupakan salah satu usaha untuk melaksanakan keberhasilan Pendidikan kerana untuk menjalankan pembangunan insan ini perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti penyediaan kurikulum yang relevan dengan melakukan pengubahsuaian kandungan seiring keperluan zaman. Hal ini demikian kerana untuk membolehkan guru membekalkan kurikulum sesuai dan terkehadapan kepada para pelajar agar pengetahuan dan kemahiran diperoleh mampu mengatasi pelbagai cabaran. Selain dari penyediaan kurikulum, penyediaan sistem penyampaian yang berkesan perlu diperkenalkan dengan mengandungi kemudahan teknologi-teknologi yang canggih. Program akademik di negara kita perlu disemak dan diperbaharui agar apabila seseorang itu melangkah ke alam universiti dan pekerjaan dapat memenuhi keperluan mereka yang diingini.
Bidang pembangunan sumber Pendidikan merupakan usaha seterusnya yang bertujuan menghasilkan sistem Pendidikan yang berkualiti. Sistem Pendidikan yang berkualiti ialah Pendidikan yang dapat menghasilkan keseimbangan dan harmonis kepada individu pelajar dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani. Pembangunan sumber Pendidikan banyak memberi penekanan supaya kualiti dalam sistem Pendidikan dapat diperoleh. Antara penekanannya ialah menyediakan kemudahan yang lengkap dan kondusif. Kementerian Pendidikan hendaklah memberikan rujukan kepada para guru untuk membolehkan mereka membina keadaan bilik darjah atau kelas dengan kondusif dan selesa. Selain itu, penekanan dalam mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru amat penting kerana guru yang berkesan akan mengeluarkan hasil yang baik. Guru yang berkualiti mestilah mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran P&P. Dalam masa yang sama, guru juga perlu memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek bagi menghasilkan Pendidikan bertaraf dunia.
Bidang yang terakhir ialah pembangunan Pendidikan melalui penyelidikan (Research & Development). Pembangunan Pendidikan melalui penyelidikan adalah satu usaha menyelidik untuk mencari jawapan kepada permasalahan dengan mentafsir dapatan-dapatan baru, membaharui teori dan membuat kesimpulan bagi penyelesaian masalah yang dikaji. Pendidikan sentiasa berubah, kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar juga berubah, kemudahan dan persekitaran pembelajaran turut berubah. Dengan itu, para pendidik ataupun guru seharusnya peka akan perubahan ini dan boleh menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Untuk menentukan kaedah yang terbaik dan menjadikan pengajaran pembelajaran paling berkesan, kita perlu menjalankan penyelidikan atau sekurang-kurangnya menggunakan hasil penyelidikan yang telah dijalankan. Keutamaan bagi pembangunan dan penyelidikan adalah kepada penyediaan tenaga pakar bagi mengajar program latihan guru pakar dan pegawai Pendidikan untuk meningkatkan kemahiran menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam Pendidikan. Jadi, ini akan memberi kesan kepada penghasilan guru yang berkualiti.
Tuntasnya, untuk memenuhi keberhasilan Pendidikan, peranan guru serta Kementerian Pendidikan adalah penting seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Disediakan oleh,
Nor Afiqah Alya Mohd Shukri
D20202097005
Comments
Post a Comment